Box tellS..



Aku masih ingat lagi kisah kau dan aku dahulu...


Masa tu, aku dengan dunia aku sendiri...kau datang semasa aku tengah main teng-teng  sedang bersukan bagi mengambil bahagian dalam sukan MSSS, walaupon sebenarnya aku hanya wakil rumah sukan Biru.


Kau temankan aku ketika susah dan senang....kau pimpin tangan aku semasa kampung kita tengah banjir akibat paip air pecah kena langgar dengan lori Uncle Ah Lek.


Kau pernah kata, tak guna ada wajah dan rupa kalau tidak berilmu.. Walaupun kau hanya lulusan sekolah menengah yang dah berapa kali ambil periksa SPM, tapi kau tetap dorong aku untuk belajar sampai aku berjaya menggenggam segulung Ijazah


Kemudian, bila kau lihat kejayaan aku, kau menagih cinta dariku, walaupun pada hakikatnya aku hanya menganggap kau tidak lebih dari jiran sebelah rumah.


Bila kau ajak aku dating,  aku takut nak keluar dengan kau, sebab macam-macam kau belikan untuk aku...Siap kau mintak tapau apa-apa yang kita beli kat kedai..Aku jadi segan dengan mamak roti canai tu sebab kau asyik mintak tambah jer...


Kadang-kadang aku sampai termimpi-mimpi kau datang kejar aku dengan gigi tajam macam Domo. Aku ingat lagi aku terus tak boleh tidur hingga aku layan cerita KBS Channel 391 sampai subuh, tengok cerita The Princess' Man.



Aku tak sangka hubungan kita akan jadi macam ni. Kau dah banyak berubah. Aku tau aku tak berapa tinggi macam kau, tapi kau suka paksa aku exercise kat tangga yang tinggi, supaya cepat tinggi macam kau. Kau kena sedar hakikat dan realiti, aku hanya insan biasa.


Dan hari itu, kau datang kepada aku dengan sekuntum bunga sebab bunga yang lain aku dah reject awal-awal, yang aku suka..Kau tanya aku buat kali terakhir apa keputusan aku, apa pilihan aku..Dan aku dengan berbekalkan keyakinan dan sokongan pendudk kampung, aku pilih ayah dan ibu aku...They are everything for me...


Kau tunjukkan frustrated kau. Kau main air hujan....Kau mandi lama-lama ketika bulan puasa walaupun kau tahu nanti puasa kau jadi makruh, namun kau buat juga. Kau protes keputusan aku.


Akhirnya, kau pilih jalan kau sendiri...Kau pilih nak join kumpulan Elecoldxhot, nak masuk Showdown 2012.. Aku lihat kau lebih riang di sana bersama-sama kawan baru.


Then, aku muhasabah diri...Kadang-kadang, Tuhan tarik mentari daripada kita, sebab nak beri kita pelangi...Semua adalah ketentuan-Nya..


*** Sorry, merapu plak...haha, btw, cute kan danbo tu...Nak grab one la...hehe


Comments

Popular Posts