Empire Shopping Gallery Subang Jaya Meletup...?

Pagi2 masuk opis mcm biasa lah, hadap blog, hadap news, inside and outside...pastu tgk pesbuk..hehe..Then, ada yang post pasal Empire Shopping Gallery yang besar kemain tu meletup...ada yang cedera dengar citernyer...



From Berita Harian:

1. KUALA LUMPUR: Kira-kira 300 tetamu Hotel Empire turut dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga berikutan kejadian letupan di Empire Shopping Gallery, Subang Jaya awal pagi tadi yang dikenalpasti berpunca dari letupan tangki gas.





2. Dua mangsa letupan rugi lebih RM100,000 


2011/09/28

SUBANG: Dua mangsa warga tempatan kerugian lebih RM100,000 apabila kereta mereka musnah dalam kejadian letupan di pusat membeli belah Empire Gallery awal pagi tadi. 

Mangsa, Daryl Chua, 27, berkata letupan berlaku selepas beliau dan teman wanitanya, Hibbie Tan, 23, keluar makan di salah sebuah restoran di pusat membeli belah berkenaan.
"Ia berlaku dengan pantas sejurus mereka hendak pergi ke mesin pembayaran tempat letak kereta bangunan itu.
"Letupan menyebabkan mangsa tercampak dan mengalami kecederaan ringan di tangan dan kaki. 

"Terdapat kebakaran berlaku ketika letupan itu," katanya.





3. Letupan di pusat beli-belah di Subang Jaya, empat cedera


2011/09/28

SATU letupan kuat di pusat beli-belah Empire Shopping Gallery, dekat Subang Jaya, awal pagi tadi menyebabkan empat cedera setakat ini. Kejadian jam 3.40 pagi itu turut menyebabkan kerosakan teruk beberapa premis. - Foto ihsan blog.galvintan.com
SATU letupan kuat di pusat beli-belah Empire Shopping Gallery, dekat Subang Jaya, awal pagi tadi menyebabkan empat cedera setakat ini. Kejadian jam 3.40 pagi itu turut menyebabkan kerosakan teruk beberapa premis. - Foto ihsan blog.galvintan.com
KUALA LUMPUR: Satu letupan kuat di pusat beli-belah Empire Shopping Gallery, dekat Subang Jaya, awal pagi tadi menyebabkan empat cedera setakat ini.

Kejadian jam 3.40 pagi itu turut menyebabkan kerosakan teruk beberapa premis termasuk rangkaian cafe terkenal dengan bumbung dan kaca beberapa premis lain runtuh dan pecah.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam Twitternya pagi ini berkata beliau mendoakan penduduk di kawasan berhampiran selamat.
Setakat ini punca kejadian belum diketahui lagi.








Pesan Cik Pencerihik - Minta2 bukan dihukum Allah pasal aktiviti sana-sini....:P

Comments

Popular Posts