Antara Dua Darjat..



Realitinya..
Itu yang berlaku sekarang..
Kebanyakannya yang aku kenali memang tiada yang setara  denganku..
Bukan nak kata aku ini orang berada, punya harta berjuta, punya kenderaan mewah, rumah seperti mahligai ke apa..

Tapi aku punya pelajaran,
punya harta yang dipinjamkan Allah kepadaku..
Punya rupa, cukup sifat, cukup deria.. Alhamdulillah, syukur Ya Allah..

Allah Maha Mengetahui
Apa yang terbaik untuk aku..

Diperkenalkan aku dengan pelbagai jenis manusia
Pelbagai ragam
Pelbagai rupa
Pelbagai pangkat
Pelbagai harta

Allah mahu aku menilai
Mana intan
Mana Permata
Mana Kaca

 Allah Mahu aku membuka mata
Pilihan yang terbaik

Allah pertemukan aku dengan orang yang salah
Sebelum aku berjumpa yang sebenarnya

Namun dugaan mula melanda
Bila kebanyakannya bukan sekufu denganku
Aku mungkin jahil istilah sekufu itu
Namun aku khuatir di kemudian hari
Aku yang jahil ini akan menuding jari kembali pada diri
Memilih yang kurang berpelajaran dariku
Aku tidak mahu menggegar tiang arasy
Apabila dia telah sah menjadi yang halal bagiku
Untuk aku hormatinya dan menyayanginya

Tuhan
Berikan aku jalan
Berikan aku petunjuk
Berilah yang terbaik kepada hambaMu ini

Memang banyak cerita
Ada yang bahagia hingga ke akhirnya
Itu yang aku perlukan

Aku yakin Allah sentiasa ada bersama ku
Aku mahukan keredhaanMu Ya Allah

Walau bagaimana kisahnya
Kebahagiaan itu pasti ada..
InsyaAllah



Image result for pasangan berbeza darjat


Comments

Popular Posts