Muhasabah Diri Seorang 'Aku'

Rasminyer seorang yang bernama "Aku" pada usia 26 thn, 8 bulan, 4 hari pada hari ini, membuatkan aku terfikir, lama sudah aku mengecapi hidup di dunia ciptaan Allah s.w.t ini..Aku sedar, zaman aku di alam persekolahan telahpun berlalu dan kini alam pekerjaan yang aku alami sekarang, makin banyak mencorakkan diri aku dalam mengenali diri aku yang sebenar.

Sekarang, aku masih mencari....mencari seorang yang boleh membimbing aku sebaiknya. Aku bukan mahukan "pakwe", bukan mahukan seorang "boyfriend", tapi aku mahukan seorang "suami" dan "kekasih" yang menyayangi diri aku dan keluarga aku seadanya. Menerima kekurangan dan kelebihan. Menjadi ayah kepada anak-anakku kelak.. Menjadi imam dan guru ketika solat, menjadi teman ketawa suka dan menjadi bahu untuk aku bersandar ketika duka. Aku inginkan seorang yang menjadi dirinya yang sebenarnya. Sentiasa bersama membimbing dan membentuk satu keluarga yang bahagia. Amiin..


Aku gembira bila rakan-rakan yang aku kenali bahagia. Aku bahagia bila kalian bahagia. Aku bahagia bila kalian tidak melupakan aku andai kalian sudah berumahtangga kelak. Bagi aku, keluarga aku tunjang utama aku. Lebih-lebih lagi aku tumpahkan sepenuh hati aku untuk ibu. Susah-senang, senda-gurau, suka-duka aku harungi bersama dengan ibu. Ibu, kaulah segalanya. Aku bersyukur aku masih mempunyai ayah dan ibu walau berbagai dugaan menimpa kita sekeluarga. Lumrah alam. [tiba-tiba ada kolam air mata pula sekarang nih..]

Aku sedar, aku harus kuat. Sumber kekuatan aku hanya pada Allah dan ibu. Sebab itu, aku rasa aku makin tabah dan cekal dari hari ke hari. Tapi kadangkala, aku turut rasa tewas. Aku tak cukup kuat. Aku hanya insan biasa. Kerana itu, aku memerlukan insan yang boleh menjadi penyambung kekuatan ku. Kerana itu juga, aku harus melupai kisah lama. Kisah yang menjadi rencah hidup aku sekarang. Kisah yang menyebabkan aku mulai memikir, aku bukanlah penghalang hubungan antara diri "dia" dan keluarga. Aku bukanlah malaikat, aku bukan nabi, aku hanya manusia biasa, tidak lepas dari merasa kecil hati atas segala yang berlaku. Tiap kata-kata, permintaan, sangat aku terasa. Maaf, andai aku mendiamkan diri selepas itu. Aku rasa 'dia turut faham situasi yang berlaku.

Kisah aku dan'dia' dulu, memang menjadi format hidup aku kini. Aku seakan fobia. Takut untuk mencuba lagi. Aku sedar, ramai yang mengatakan aku 'hati kering', tapi apakan daya...aku cuma berharap, sedangkan Allah lebih tahu.

Buat "Aku", semoga hari yang mendatang, ada sinar yang terang untuk dirimu. Jadilah insan yang berguna, putihkan hati, tawakal pada Allah.. Kau harus sedar, wahai "Aku", orang yang baik, hanya untuk orang yang baik...Amiiin....

Comments

Popular Posts