Titipan Buat Wanita - Shared From Oh! Aduhai

Today terbaca  sesuatu dari Oh Aduhai..!!, nampak sesuatu yg interesting utk di 'share' kan...


“Sebaik-baik wanita ialah yg tidak memandang & tidak dipandang oleh lelaki.”
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.
Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.
Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yg dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yg tidak dapat aku berikan.
Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kpda manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki & menghias peribadiku kerana itulah yg dituntut oleh Allah.
Kalau aku ingin lelaki yg baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yg baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yg baik itu utk lelaki yg baik?
Tidak kunafikan sebagai wanita, aku memiliki perasaan utk menyayangi & disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu.
Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku utk menerima hati & perasaanku yg suci. Bukan hati yg menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yg tulen.
Diriku yang mmg lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan dgnku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.
Aku merasa seolah-olah kehidupanku yg tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku & kejahatan.
Kehadirannya membuatku byk memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.
Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan dgnmu. Aku tahu lelaki yg menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pd gerak hatiku yg mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.
Aku bukanlah seorang gadis yg cerewet dlm memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yq wujud di mana-mana.
Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yg lain, dilamar lelaki yg bakal memimpinku ke arah tujuan yg satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis utk membuat aku terpikat.
Andainya kaulah jodohku yg tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dlm hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.
Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.
Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak byk. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pd mencari redha Illahi.
Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.
Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dgn kemenangan atau syahid itu.
Akan kukeringkan darah dari lukamu dgn tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kpdaku.
Cukuplah kau mencintai Allah dgn sepenuh hatimu kerana dgn mencintai Allah, kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yg akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yg bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.
Yg dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yg diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yg dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yg diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yg datang, tak perlu rijal yg gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yg kelam.
Yg dinanti, bukan lamaran dgn permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yang akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.

Comments

Popular Posts