Respect - Rilex - Response

Sekarang ni tgh tak banyak kerja yang dihimpunkan kat atas meja aku. So, apa yang aku buat hari-hari just facing my computer and surfing. Hurmm, samada berblog ataupun mengendap blog orang lain.Hehe..

Tapi, sekarang ni makin banyak blog yang aku boleh kategorikan sebagai 'mental-disorder'. Sebab apa aku berani kata macam tu, sebab most of blog-blog yang aku baca, suka sangat meng'kondem' blog orang lain, takpun, guna ayat-ayat yang hanya 'golongan dia sahaja' yang tahu. Please la, tak semua orang boleh berfikiran macam tu..

Yes, memang tak dinafikan blog adalah individu punya hal lah, tapi, juga mencerminkan identiti si pemunya blog tu. Walaupun orang lain tak kenal kau macam mana ghopenyer, tapi yang orang boleh conclude, si pemunya blog adalah orang Melayu, dan adakah Melayu semua begitu? Hurrmmm...

Ini just pendapat peribadi dari hati kecil aku. Tak berniat nak menuding jari kepada mana-mana. Aku lebih suka yang simple, tahu apa yang ditulis dan diulas oleh pemunya blog. Contoh macam kahuna ni, as well as aku pun tak kenal gerangan orangnya, dan dia of course tak pernah kenal aku, tapi aku hormat pandangan dia. 

Walaupun dalam blog aku ni hanyalah macam sedikit picisan yang aku korek dari kehidupan aku dan sedikit info yang aku cedok dari mana-mana sumber yang sah, aku tak pernah lupa untuk belajar berblogging lagi dengan blogger-blogger yang terbaik.

Yang penting, aku pun tak pernah mengharap blog aku mendapat rating hit yang tinggi, dan dapat income yang masyukkkk, (kalau dapat, nak buat macam mana la kan...hehe), tapi, aku cukup bangga aku sebagai blogger..

Comments

Popular Posts