Selamat Menemui Allah Ayah..Kau Pergi Jua




Assalamualaikum..

Lama rasanya tak membuat contengan di sini..Almost a year..


Belum sempat ku membuat catatan gembira perjalanan ku di Tanah Haram Makkah Al-Mukaramah dan Madinah Al-Munawarah bagi mengerjakan Umrah, kepulanganku disertai tangisan kedukaan yang menyelubungi seluruh anggota tubuhku..



Ya, Tanggal 24/4/2017, di pagi Isnin jam 10.50, Hari Israk dan Mikraj (27 Rejab 1438H)

Ayahku dijemput menemui Tuhan Penciptanya.. Allah Swt

Pemergian yang terindah dan dicemburui ku rasakan..

Baru 5 hari kita sekeluarga pulang ke tanahair dari menunaikan ibadah Umrah, yang sekian lama kita nantikan, namun Janji Allah itu pasti..

Pemerigan mu Ayah menguatkan lagi kepercayaan ku terhadap kekuasaan Allah SWT

"KUN- FAYAKUN"

Bila Allah mengkehendaki sesuatu itu terjadi, maka jadilah ia..

*************************

Izinkan aku titipkan kembali memori itu..


Pagi 24/04/2017, kita sekeluarga dikejutkan dengan pemergian Cik Man, pada jam 6pagi..Aku tidak tahu samada Ayah telah mengetahui berita itu atau belum, namun Ayah ketika itu telah siap-siap  mandi, solat Subuh dan memakai t-shirt warna purple, seluar coklat duduk di sofa sementara menunggu aku, adik dan ibu bersiap2..

Kau masih diam seperti biasa. dengan batuk2 yang masih degil enggan berpisah dari kita sekeluarga ketika itu.

Sepanjang perjalanan, kau masih senyap..

Tatkala tiba, kau mengadu tidak larat untuk berjalan menuju ke rumah Cik Man yang ketika itu mula dipenuhi saudara-mara dan jiran tetangga.

Khilafnya aku ketika itu, aku sering berkata "Ayah ok je. Ayah kuat"

((kerna aku tidak tahu ketika itu, nyawamu hanya bersisa beberapa jam sahaja lagi))

Perlahan-lahan kau berjalan-jalan sambil menyalami orang sekeliling dan duduk di bangku di garaj kereta.

Seperti biasa, apabila ada sesebuah kematian, esak tangis, bacaan Yassin berkumandang di dalam rumah. 

Aku, adik dan ibu yang ketika itu sedang Uzur Syari'e hanya mampu menghadiahkan Al-Fatihah kepada arwah Cik Man.

__________________________________________________________

Ya Allah, aku tidak mampu meneruskan catatan ini lagi ..

Air mata mula bertakung lagi...sekejap lagi bakal runtuh menjadi waterfall..

Akan ku sambung lagi di catatan seterusnya..


******************************************


## Assalamualaikum Ayah, izinkan Angah mentitipkan memori itu di sini..##
Al Fatihah untukmu
~19/08/1956 - 24/04/2017~







Comments

Popular Posts