Jodoh + Usaha + Tawakal = Yakin dengan Allah






Image result for jodoh


Aku semakin menginjak usia 34 tahun, hujung tahun ini..

Ya, aku masih single, belum berkahwin, tiada kekasih..

Tipulah jika aku kata tak sedih..memang sedih juga...

Bila lihat anak-anak rakan sebaya, ada yang dah nak ambil UPSR tahun ni..hadoii..

Memang perit dalam hati bila orang kata, 
"bila nak kahwin.."
"memilih sangat ni..."
"tak laku kot.."
"ko ada masalah kot.."

Aku hanya mampu tersenyum...tapi ayat-ayat tu makan dalam kot..

Alhamdulillah..
Syukur pada Allah..

Walaupun JODOH aku belum sampai..

1. Aku nak puas-puas bermanja dengan family aku
2. Dapat pergi menunaikan umrah dengan family aku
3. Dah beli rumah sendiri
4.Ada kereta sendiri (ada rezeki lebih, nak tukar kete my taste pula..haha, skrg pakai kete taste adik..)
5. Ada kerjaya yang WOW juga..(stabil, tetap, gomen berpencen)
6. Ada rupa yang Alhamdulillah, nothing lack off, cukup sifat
7. Masih ada ibu yang perlu aku take care lagi2 bila Ayah dah tiada
8. Masih ada Adik yang perlu aku beri perhatian dan aku jaga sebagai seorang kakak dan anak sulung


Image result for responsibility

Itulah pencapaian aku..


Jadi aku yakin, Allah atur yang terbaik untuk aku..Aku yakin dengan pilihan Allah

Sebab tu aku memang usaha untuk jadi yang terbaik, untuk 'pasangan terbaik' aku di luar sana

Image result for who is my spouse

Ramai orang bila tanya kat aku
"Tipulah takde sapa2, u ni ok apa, ada rupa, keje ok, ramah, suka senyum.."

Haha..senyum tulah kekuatan aku..
Aku boleh sembunyikan kesunyian hati aku..

Aku memang telah usaha..
Doa aku ketika menunaikan Umrah, di tempat2 mustajab di Tanah Haram, memang aku berdoa Allah permudahkan jodoh aku..

Dan lagi2 setelah Ayah pergi menemui Illahi, aku semakin kuat berusaha untuk bertemu jodoh, kerana itulah hajat dan harapan Ayah dahulu..

Sehingga kini, beberapa orang dan jenis-jenis juga telah aku temui..

1. Jodoh tidak kesampaian - keluarga menghalang
(sedih sangat....namun, mungkin itu yg terbaik)

2. Terus menyepi setelah berjumpa kali pertama
(terasa macam aku ada kekurangan ke..?? Mungkin aku tidak secantik model agaknya..?)

3. Berikan harapan dan janji untuk berumahtangga
(menyepi juga... mungkin telah berjumpa orang lebih baik agaknya)

4. Masih terus berhubungan setelah berjumpa
(InsyaAllah, jika 'DIA' jodohku..dialah yang terbaik Allah pilih untukku)

Image result for jodoh

Itulah usaha-usaha aku untuk ke fasa seterusnya..

Aku bukan memilih..
Aku hanya insan biasa..
Wajah biasa-biasa..
Namun, aku cuba jadi luar biasa, jadi yang terbaik dalam agama..
Memerlukan insan pemilik tulang rusuk yang lemah ini..
Untuk disayangi..
Untuk dikasihi..
Untuk di bimbing..

Aku sangat2 mendambakan syurga..
Dan aku harap pasangan aku pun turut serta melangkah seiringan bersama..

Bila kadangkala nampak sinar di hadapan mata, kemudian ia malap semula..

Sedih sangat rasanya...

Image result for ignore

Bila nampak sinar baru menjelma, diharapkan akan terus bersinar, pun turut malap jua...

Ibarat hentakan padu di dada..pedih

Image result for being ignored


Kemudian, datang sinar baru memunculkan diri..
Diharapkan kali ini ia akan terus bersinar, malah lebih terang cahayanya..

Image result for new life images

Aminn...

InsyaAllah,

Fikir baik-baik,
Doa baik-baik
Dapat yang baik-baik..

Yakin dengan Allah..






Comments

Popular Posts