Part 3 :: Selamat Menemui Allah Ayah...Kau Pergi Jua (LAST)





Menunggu ambulans yang lambat tiba, seorang hamba Allah, (kampung Gedangsa) menawarkan untuk membawa Ayah ke klinik berdekatan.

Ibu mengiringi didalam kereta tersebut, manakala Aku dan Adik mengekori menaiki kenderaan kami sendiri..

Ya Allah, masa itu menggigil rasanya aku membawa kereta bersama cucuran air mata yang memang tak boleh di tahan lagi..

Setibanya kami di Klinik Kesihatan berhampiran, rupanya kami telah berselisih dengan ambulan yang menuju ke rumah rupanya..

Setibanya ambulan di Klinik, gugur rasa jantung bila Ayah disahkan telah meninggal dunia...



Ya Allah, Ayah Telah meninggal...

Lemah lutut aku rasakan, terjelepok aku di hujung kereta..

Ibu dan Adik saling berpelukan..


Ayah di bawa pulang semula ke kediaman arwah Cik Man..

Kami pun turut serta..lemah longlai ku rasakan, mujurlah ada adik sepupu ku Along Hakim membantu membawa kereta..

Tiba di rumah, semua sanak saudara turut bersedih bersama kami..

Seakan Ayah berganti tilam dengan Arwah Cik Man..

*************************

Aku dan Adik balik ke rumah di Sg Besar, disambut dengan jiran2 yang turut berduka dan seakan tidak percaya..



Ayah selamat dimandikan dan turut disembahyangkan di rumah di Gedangsa, namun aku meminta Ayah untuk dibawa pulang dahulu di rumah di Sg Besar bagi memberi peluang sanak saudara untuk melihat Ayah buat kali terakhir..

Ayah turut disembahyangkan lagi di rumah..ramai yang turut serta.

Petang itu juga Ayah dikebumikan pada pukul 6 ptg..


******************

Aku dan Adik insan terakhir yang melangkah pergi dari tanah perkuburan..

Setiap langkah ku rasakan perit, meninggalkan Ayah di situ..

Sesekali aku menoleh ke belakang melihat tanah yang masih basah



.. Selamat Menemui Allah Ayah..

..Kau Pergi Jua..


 Bercukur setelah menunaikan Umrah ke-3, gembiranya dikau duhai Ayah ketika ini..
Gugur setiap dosa-dosamu bersama tiap helai rambutmu..
Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosanya..



Sehari selepas ketiadaanmu..  


Bersemadilah dengan tenang, duhai Ayah..
InsyaAllah, ku akan kirimkan doa untukmu tiap2 hari selagi ku masih bernyawa..

Nantikan ku di Syurga duhai Ayah..

Aku ingin bertemu mu kembali di sana..



-Al-Fatihah-

-24 April 2017-

-27 Rejab 1438H-

-Israk Mikraj-





Comments

Popular Posts