Siapakah Dia..?

Ya Allah, aku sedang menunggu si dia, seorang lelaki yang akan menjadi ketua keluargaku, yang boleh membimbingku ke syurgamu, yang juga merupakan seorang mukmin yang merindui syahid di jalan-Mu Ya Allah.
Ya Allah, bantulah aku. Aku tidak memandang duniawi semata-mata, tetapi, aku memerlukan bekalan akhirat yang mencukupi. Cukuplah jika si dia mampu membimbingku ke jalan itu. Aku percaya, jika hanya berlandaskan kekayaan duniawi sahaja, ianya tidak mampu membawaku ku syurgamu.
Ya Allah, kurniakanlah aku dengan seorang hamba-Mu yang senantiasa berzikir kepada-Mu. Seorang insan yang tegas dan berani, malah dia juga adalah insan yang tidak takut berkata benar, yang tidak jemu melawan nafsu yang ingin menguasai diri dan juga yang sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah.
Ya Allah, kurniakanlah aku dengan suami yang mampu menghiburkanku dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran, dengan zikir-zikir munajat.
Ya Allah, kurniakanlah aku dengan suami yang boleh menasihatiku supaya sentiasa mengingati mati. Ketika aku sedang asyik dengan keadaan duniawi, dia sedarkan aku akan akhirat. Dia menyedarkan aku tentang kelazatan di syurga Allah.
Ya Allah, permudahkanlah aku dalam memiliki calon pilihan aku ini. Sesungguhnya aku tidak pernah jemu meminta pertolongan daripadaMu Ya Allah. Hanya Engkau sahaja yang boleh memakbulkan doaku ini. Aku akan terus berdoa dan berusaha dalam memiliki insan itu. Amin.
Ya Allah, sekiranya dia hilang cintanya pada-Mu, maka hilangkan cintaku padanya. Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku pada-Nya, kerana cinta ilahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia. Wallahualam.
Ya Allah, siapakah dia?
Hanya Engkau yang Mengetahuinya.

Comments

I am LZ said…
Aminnnn..
Semoga dipermudahkan segala urusan dan doamu dimakhbulkan..

Popular Posts